Pembantu rumah penting untuk membantu meringankan kerja-kerja rumah

Tanpa kita sedar, sebenarnya pembantu rumah atau maid atau orang gaji ini, mereka telah membantu kita meringankan kerja-kerja rumah. Disebabkan sibuk bekerja atau ahli keluarga yang ramai, sebagai seorang ibu atau bapa pun tidak terlarat untuk mengemas dan membersihkan rumah.
Jadi, tugas-tugas ini diambil oleh pembantu rumah yang telah kita upahkan (atau dibayar gaji). Antara peranan pembantu rumah adalah:
  1. Membantu menjaga dan memantau anak-anak ketika kita sibuk bekerja.
  2. Mengemas rumah supaya kebersihan dan kekemasan terjaga.
  3. Jika kita mempunyai ibu bapa yang sudah tua, mereka menjadi peneman mereka.
  4. Pembantu rumah dapat mengurangkan kos penghantaran ke pusat-pusat asuhan sekiranya anak-anak kita masih kecil dan ramai
Semua ini dapat membantu meringankan kerja-kerja rumah kita apabila kepenatan pulang dari tempat kerja. Jadi, jangan pertikaikan kerja-kerja seorang pembantu rumah

Comments

Popular posts from this blog

UPDATE TERKINI PEMBANTU RUMAH YANG BARU SELESAI PIHAK mudahmaid2u INTERVIEW DI INDONESIA.

KEPERLUAN DAN TUJUAN MAJIKAN MENGAMBIL PEMBANTU RUMAH : Statistik yang dikeluarkan oleh Mudahmaid2u.

TIPS MAJIKAN DAN PEMBANTU RUMAH - SIRI SATU