TIPS MAJIKAN DAN PEMBANTU RUMAH - SIRI SATU
- Get link
- X
- Other Apps
1) Benarkan
pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja
dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis
1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor
yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar
kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan
Ring-Ring Card.
2) Pastikan
makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu
mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu
biasanya
segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah
sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat
walaupun kadang-kadang mereka segan.
3) Pastikan
rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan
untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am
hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.
4) Cuti
sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan
bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada
akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu
balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak).
5) Majikan
sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah
sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.
6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan
menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang
harmoni. Jika membeli jajan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga
sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita
kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka
lihat sahaja. Contohi Rasullulah SAW melayani hamba abdi baginda.
7) Jangan
mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan.
Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa
yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah.
8) Selalu
bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi,
sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk
memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang
majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka
adalah tanggunggan majikan.
9) Pastikan
pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin
mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan
membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali
dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda.
10) Awasi
pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya
pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan
lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.
to be continue...
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment