Posts

TIPS MAJIKAN DAN PEMBANTU RUMAH - SIRI SATU

Image
1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card. 2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan. 3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu. 4) Cuti sehari seminggu seperti peratu...
website mudahmaid2u akan berwajah baru dalam minggu ini. Semoga akan memudahkan rakyat Malaysia berhubung dengan mudahmaid2u. nantikan tidak lama lagi.

Pembantu rumah penting untuk membantu meringankan kerja-kerja rumah

Image
Tanpa kita sedar, sebenarnya pembantu rumah atau maid atau orang gaji ini, mereka telah membantu kita meringankan kerja-kerja rumah. Disebabkan sibuk bekerja atau ahli keluarga yang ramai, sebagai seorang ibu atau bapa pun tidak terlarat untuk mengemas dan membersihkan rumah. Jadi, tugas-tugas ini diambil oleh pembantu rumah yang telah kita upahkan (atau dibayar gaji). Antara peranan pembantu rumah adalah: Membantu menjaga dan memantau anak-anak ketika kita sibuk bekerja. Mengemas rumah supaya kebersihan dan kekemasan terjaga. Jika kita mempunyai ibu bapa yang sudah tua, mereka menjadi peneman mereka. Pembantu rumah dapat mengurangkan kos penghantaran ke pusat-pusat asuhan sekiranya anak-anak kita masih kecil dan ramai Semua ini dapat membantu meringankan kerja-kerja rumah kita apabila kepenatan pulang dari tempat kerja. Jadi, jangan pertikaikan kerja-kerja seorang pembantu rumah

6 KELEBIHAN APABILA ANDA MULA MENGAMBIL SERVIS PERKHIDMATAN PEMBANTU RUMAH DENGAN KAMI

Image
Kelebihan #1 – Pembantu rumah rajin dan tahu buat kerja. - Kebanyakan pembantu rumah di bawah seliaan kami terdiri daripada mereka yang rajin dan suka mencari kerja-kerja rumah. Mereka mempunyai pengalaman menjadi pembantu rumah tidak kira pernah bekerja di Malaysia mahupun Timur Tengah. Sebagai majikan, anda boleh pilih pembantu rumah yang berpengalaman ataupun tidak. Kerana, ada juga maid yang tidak pernah bekerja. Kelebihan #2 – Jaminan 3 bulan. - Kami juga memberi jaminan 3 bulan. Sekiranya pembantu rumah di bawah agensi kami melakukan masalah yang berat, kami akan ganti dengan pembantu rumah yang baru dalam tempoh masa 1 bulan. Kelebihan #3 – Kontrak kerja selama 2 tahun. Takut pembantu rumah lari? Kami buatkan kontrak bekerja selama 2 tahun. Selepas habis tempoh 2 tahun, pembantu rumah tersebut boleh memilih sama ada untuk terus bekerja dengan majikan ataupun mohon untuk pulang ke negara asal. Sekiranya pembantu rumah tersebut berminat un...

SIAPA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN PEMBANTU RUMAH INI?

Image
  Kami tahu, tidak semua orang untuk berkemampuan menggajikan pembantu rumah di rumah anda. Jadi, jika anda rasa anda adalah salah satu golongan di bawah ini, mungkin anda boleh berbincang dengan kami untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah Muslim ini: 1. Suami isteri yang bekerja sepenuh masa. Masa banyak dihabiskan di tempat kerja dan tida k sempat untuk mengurus dan membersihkan rumah. 2. Warga emas yang sakit dan tiada siapa yang mahu menjaga mereka. Pembantu rumah sangat disarankan untuk membantu dan menjaga mereka. Takkan anak-anak sanggup hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua. Baik kiranya ambil pembantu rumah untuk urus mak ayah. 3. Ibu-bapa yang mempunyai ramai anak. Kami tahu, anak yang ramai membuatkan rumah anda sentiasa bersepah dan tidak kemas. Jadi, pembantu rumah kami akan membantu anda mengemas rumah. Dalam masa yang sama, memantau anak-anak anda yang ramai itu. 4. Serta, kawasan rumah yang besar sehingga tidak sempat untuk mengemas kese...

KEPERLUAN DAN TUJUAN MAJIKAN MENGAMBIL PEMBANTU RUMAH : Statistik yang dikeluarkan oleh Mudahmaid2u.

Image
Ada beberapa sebab majikan mengambil pembantu rumah asing (PRA), kajian yang dibuat oleh mudahmaid2u terhadap majikan yang menggunakan khidmat mudahmaid2u mendapati bahawa sebahagian besar majikan iaitu 66% mengambil pembantu rumah dengan tujuan untuk menjaga anak-anak yang masih kecil disamping membantu menguruskan kerja-kerja rumah .  Hanya sebahagian kecil iaitu kira-kira 24% majikan yang mengambil pembantu atas tujuan selain menjaga anak-anak dan hanya untuk membantu tugas-tugas di rumah sahaja.  Manakala lebih kurang 10 % majikan yang mengambil pembantu rumah dengan tujuan untuk menjaga ibu bapa yang sakit yang kurang upaya. .............................................................................................................................................. (TERKINI) Pihak kami sedang mencari Majikan yang sesuai dan memerlukan khidmat pembantu rumah dari Sumatera Indonesia. Bersedia untuk kemasukan bulan Mac 2019. HUBUNGI SEGERA pihak mud...

UPDATE TERKINI PEMBANTU RUMAH YANG BARU SELESAI PIHAK mudahmaid2u INTERVIEW DI INDONESIA.

Image
Pihak kami sedang mencari Majikan yang sesuai dan memerlukan khidmat pembantu rumah dari Sumatera Indonesia. Bersedia untuk kemasukan bulan Mac 2019. HUBUNGI SEGERA pihak mudahMAID2u di 019-2926760 (whatsapp <nama><Keperluan Maid untuk apa><lokasi>. Nama: HANNY SRINOYA Agama:ISLAM Umur:35 Tahun Status : Sudah Berumahtangga, Punyai seorang anak. Asal: Jawa, Sumatera Pengalaman Kerja: Pernah berkhidmat sebagai pembantu rumah di Indonesia.Belum Pernah Berkerja di Malaysia.Pengalaman Menjaga Orang Tua dan anak2 kecil.